KEBAIKAN PETA MINDA

Peta pemikiran amat sesuai digunakan oleh pelajar-pelajar abad ke-21. Ianya sesuai digunakan untuk tujuan pembelajaran, percambahan fikiran, ingatan, pemikiran visualisasi dan penyelesaian masalah oleh oleh orang ramai terutamanya para pendidik. Tony Buzan (2003), peta minda boleh digunakan dalam pelbagai bentuk dan aplikasi termasuklah dalam bidang pendidikan. Kita tahu bahawa peta minda ini mendatangkan 1001 kebaikan kepada semua terutamanya para pelajar. Tetapi tiada satu benda pun didunia ini yang tidak mempunyai cacat celanya termasuklah penggunaan peta minda ini. kini, peta pemikiran ini digunakan secara meluas di saentero dunia termasuklah Malaysia. tanpa kita sedar, disebalik kebaikan yang kita dapat daripada penggunaan peta minda ini, terdapat juga keburukannya. dibawah, akan saya senaraikan kebaikan dan keburukan penggunaan peta minda kepada para pelajar.

Kebaikan penggunaan peta minda:

  1. Dapat membantu pelajar memahami sesuatu subjek dengan mudah.
  2. Membantu pelajar menghadapi peperiksaan dengan lebih bersedia.
  3. Membantu pelajar melihat sesuatu maklumat secara menyeluruh.
  4. Membolehkan pelajar membuat nota semasa kuliah dengan pantas.
  5. Melatih seseorang berfikir menggunakan kedua-dua belah otak dimana otak sebelah kanan lebih kepada kreatif dan otak sebelah kiri lebih kepada kritis.

No comments:

Post a Comment